SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI

June 01, 2008

Pesta Buku Terengganu 2008


Pesta Buku Terengganu 2008 berlangsung pada 30 April - 06 Mei 2008 dan bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Pesta buku kali ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Terengganu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Ruang pameran Bahagian Teknologi Pendidikan juga turut disediakan bagi memangkinkan lagi budaya membaca dikalangan pengunjung. Pelbagai aktiviti disediakan seperti Kuiz NILAM, cabutan pengunjung bertuah, tayangan VCD/DVD bahan terbitan BTPN Terengganu, edaran bahan risalah dan brosur dan sedikit jualan untuk tabung Persatuan Pusat Sumber Sekolah.

Taklimat Pembangunan BTPN Terengganu


AHAD, 1 Jun 2008 - Satu Taklimat Pembangunan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) kepada YB Encik Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi Sains, Teknologi Dan Sumber Manusia Negeri Terengganu bertempat di Bilik Seminar, BTPN Terengganu. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Alias bin Talib, Penolong Pengarah BTPN Terengganu. Antara lain taklimat ini lebih kepada penerangan tentang Misi dan Visi BTPN Terengganu dalam proses merealisasikan pencapaian cemerlang dalam pendidikan Negeri Terengganu

May 27, 2008

PROGRAM KHAZANAH BUMI MERDEKA





ETP Kemasek sekali menempa sejarah apabila dipilih oleh TV3 untuk membuat pengambaran sempena bulan kemerdekaan 2007. Program yang diberi nama " Khazanah Bumi Merdeka " ini mempunyai 30 episod dan ETP Kemasek diletakkan di dalam episod ke 9. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan ianya melibatkan ETP Kids. Pengambaran ini turut mengundang pengacara 3R yang tidak asing lagi. Dengan penghormatan yang diberikan ini , ETP Kemasek akan dapat terus dikenali oleh semua masyarakat.

PROGRAM PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN


Karnival Pembudayaan Teknologi Pendidikan 2008 telah diadakan pada 14 - 18 April di SK Tok Randok , Ajil. Karnival ini telah di rasmikan oleh YB Datuk Rosul Wahid bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu dan KPP BTPNT Tn Hj Kassim. Unit Media BTPNT bertindak sebagai urusetia. Objek tif karnival ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid dan masyarakat sekeliling berkenaan ICT. Pada karnival ini juga diadakan pameran oleh wakil - wakil syarikat ICT seperti WebTV, Unit Bestari BTPNT , Unit Pengurusan Pusat Sumber BTPNT, Unit Media BTPNT , wakil - wakil syarikat ,Pasukan Radio Amatur Terengganu dan banyak lagi. Menurut urusetia , sambutan dari pengunjung adalah diluar jangkaan dengan anggaran pengunjung melebihi 3000 orang. Menurut urusetia, YM Ku Salam, sambutan amat memberangsangkan dan semua jawatankuasa yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang karnival ini berlangsung. Beliau juga berharap dapat mempertingkatkan lagi karnival ini untuk tahun yang akan datang

May 26, 2008

KURSUS DESKTOP PUBLISHING

peserta krusus sedang menyiapkan projek yang diberi

Kursus Desktop Publishing telah diadakan untuk Pegawai Teknologi Pendidikan telah diadakan di BTPN Terngganu pada 6 - 8 April 2008. Seramai 22 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Penerangan berkenaan kursus ini telah diberikan oleh En Mohd Nor Zawawi iaitu mantan pegawai BTPNT,En Azmi Isa dari PKG Peroh dan Tn Hj Wan Zuhaidi. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada PTP PKG berkenaan asas proses picture editing . Perisian yang digunakan untuk kursus ini ialah Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Pada penghujung kursus ini, kesemua PTP PKG dapat menguasai asas picture editing menggunakan perisian tersebut.

May 24, 2008

ENGLISH THEME PARK

ETP telah dirasmikan oleh Allahyarham Datuk Abdul Rafie Mahat pada 22 Jun 2003. Ia adalah satu projek yang dibiyayai oleh Exxon Mobile. Exxon Mobile telah menjalinkan usahasama bersama BTPNT untuk menghasilkan satu taman tema Bahasa Inggeris kepada semua pelajar. ETP Kemasek terletak di kawasan dimana kebanyakkan sekolah adalah dari kategori luar bandar dimana Bahasa Inggeris merupakan " killer subject ". Di sini murid dapat mempelajari sesuatu yang mungkin tidak terdapat di sekolah mereka. Konsep ETP Kemasek ialah Fun Learning dimana murid boleh belajar sambil bermain.

ETP mempunyai 2 kawasan iaitu

1. INDOOR SECTION


2. OUTDOOR SETION

INDOOR SECTION

Indoor section mempunyai :

  1. listening corner
  2. PC Island
  3. Reading corner
  4. Story corner
  5. Safari world

OUTDOOR SECTION

  1. Giant Mushroom
  2. Vocab Shack
  3. Graffiti wall